[!] kerja_manual
Kerja berulang setiap hari
Isi borang kertas, salin ke Excel, kira semula, cetak. Masa habis pada kerja yang sepatutnya boleh diautomasikan.
Kami bina sistem tuntutan, rekod, stok, tempahan dan dokumen automatik untuk PKS, sekolah, koperasi dan jabatan, walaupun anda tiada pasukan IT sendiri.
// 01 masalah
[!] kerja_manual
Isi borang kertas, salin ke Excel, kira semula, cetak. Masa habis pada kerja yang sepatutnya boleh diautomasikan.
[!] excel_bersepah
“Final_v3_betul.xlsx” dihantar melalui WhatsApp. Tiada siapa pasti fail mana yang terkini.
[!] rekod_hilang
Dokumen penting tersimpan dalam fail, e-mel dan telefon yang berbeza. Bila diperlukan, ia hilang.
[!] laporan_lambat
Pihak atasan minta angka hari ini, tetapi data perlu dikumpul dan disemak secara manual dahulu.
→ Semua ini boleh diselesaikan dengan satu sistem yang direka ikut aliran kerja anda.
// 02 perkhidmatan
Setiap sistem dibina mengikut keperluan anda. Ini jenis sistem yang biasa kami bangunkan:
tuntutan_bayaran/
Permohonan, kelulusan dan bayaran dalam talian, termasuk integrasi FPX / ToyyibPay.
rekod_hr/
Maklumat staf, ahli atau pelajar di satu tempat, dengan carian pantas dan kawalan akses.
inventori/
Keluar masuk barang direkod, baki dikira sendiri, dan anda dimaklumkan bila stok hampir habis.
tempahan/
Pelanggan tempah slot sendiri dalam talian. Tiada lagi pertindihan jadual.
portal/
Pelanggan log masuk untuk semak status, muat naik dokumen dan lihat rekod mereka.
dashboard/
Angka penting dipaparkan secara langsung. Laporan boleh dimuat turun bila-bila masa.
jana_dokumen/
Surat, baucer dan borang rasmi dijana terus dalam format DOCX atau PDF daripada data sistem.
laman_web/
Laman web perniagaan atau organisasi yang laju, mesra telefon dan mudah ditemui di Google.
// 03 cara_kerja
step_01
Kita bincang cara kerja anda sekarang, masalah yang dihadapi dan hasil yang anda mahu.
step_02
Anda terima skop kerja, anggaran tempoh dan sebut harga bertulis sebelum apa-apa kerja bermula.
step_03
Sistem dibina secara berperingkat. Anda boleh cuba dan beri maklum balas sepanjang proses.
step_04
Pengguna dilatih cara guna sistem, kemudian sistem diserahkan untuk kegunaan sebenar.
step_05
Pakej Langganan diselenggara sepanjang tempoh langganan. Pakej Milik Penuh termasuk help desk selama 7 hari selepas serahan.
// 04 contoh_kerja
Butiran pelanggan dirahsiakan. Yang dikongsi hanya jenis masalah dan penyelesaiannya.
Anda mungkin pelanggan kami yang seterusnya. Ceritakan masalah anda, dan kami tunjukkan bagaimana sistem boleh membantu.
WhatsApp Kami// 05 kenapa_kami
Kawalan akses ikut peranan, pengesahan input dan perlindungan data dirancang sejak hari pertama, bukan ditampal kemudian.
Setiap sistem dan laman yang kami serahkan menggunakan sambungan HTTPS yang disulitkan.
Pakej Langganan disokong sepanjang tempoh langganan aktif. Pakej Milik Penuh termasuk help desk selama 7 hari selepas serahan.
Sebut harga bertulis ikut skop sebelum kerja bermula, jadi anda tahu apa yang dibayar.
Sistem ikut aliran kerja anda. Anda tidak perlu ubah cara kerja semata-mata untuk ikut perisian siap.
Kami terangkan dalam bahasa mudah dan latih pengguna sehingga mereka yakin menggunakan sistem.
// 06 harga
Harga bermula RM499 untuk laman web, landing page perniagaan dan sistem kerja. Harga akhir bergantung pada saiz dan skop, dan sebut harga bertulis diberikan sebelum kerja bermula.
BondaCare
Mula cepat dengan kos ringan. Hosting dan penyelenggaraan kami uruskan.
bermula RM499 + RM159/bulan
BondaOwn
Sistem anda. Fail anda. Kawalan penuh di tangan anda.
bermula RM499 sekali bayar
Sebelum projek dimulakan, pelanggan boleh memilih sama ada untuk memiliki sistem sepenuhnya atau melanggan perkhidmatan pengehosan dan penyelenggaraan bersama Bonda Digital.
// 07 soalan_lazim
Kebanyakan projek siap dalam tempoh 7 hari bekerja. Bagi sistem yang lebih besar, tempoh akan dinyatakan dalam sebut harga.
Harga bermula RM499 untuk semua jenis laman dan sistem. Bagi Pakej Langganan, bayaran bulanan bermula RM159. Harga akhir bergantung pada saiz dan skop, dan sebut harga bertulis diberikan selepas perbincangan.
Bagi Pakej Milik Penuh, semua fail laman atau sistem diserahkan kepada pelanggan selepas bayaran penuh. Bagi Pakej Langganan, sistem dihoskan dan diselenggara oleh Bonda Digital sepanjang tempoh langganan aktif.
Bagi Pakej Langganan, bayaran bulanan termasuk hosting, SSL (HTTPS) dan pembetulan bug sepanjang langganan aktif. Penambahan fungsi baru atau upgrade sistem tidak termasuk. Bagi Pakej Milik Penuh, sokongan help desk diberikan selama 7 hari selepas serahan.
Notifikasi akan diberikan apabila langganan tamat. Sistem kekal aktif selama 3 hari selepas tarikh tamat, dan akan dimatikan pada hari ke-4 jika langganan tidak diperbaharui.
Bagi Pakej Langganan, hosting disediakan oleh Bonda Digital. Domain tidak termasuk; anda boleh menggunakan domain sendiri atau subdomain percuma seperti namaanda.bondadigital.com. Bagi Pakej Milik Penuh, hosting dan domain diuruskan sendiri oleh pelanggan.
Boleh. Kami akan meneliti flow dan keperluan tambahan anda melalui kertas kerja upgrade sistem, kemudian sebut harga diberikan sebelum kerja dimulakan.
Boleh. Sistem direka supaya mudah digunakan. Latihan diberikan kepada pengguna semasa serahan, dan anda boleh hubungi kami jika ada masalah.
Boleh. Sistem dibina untuk berfungsi di pelayar komputer dan telefon tanpa perlu memasang aplikasi.
// 08 hubungi
Chat dengan kami terus di laman ini, atau hubungi kami melalui WhatsApp.
WhatsApp 016-728 4568Tanya bot kami untuk jawapan segera, atau chat secara live dengan admin. Jika admin tiada, tinggalkan mesej dan kami akan hubungi anda.
Maklumat anda hanya digunakan untuk membalas pertanyaan ini. Lihat Polisi Privasi.